Total Pageviews

Monday, 4 April 2016

1.3 KEKUATAN OTOT

1.3  Kekuatan Otot


Kekuatan otot bermaksud kemampuan otot menghasilkan daya dengan kuasa maksimum bagi mengelak sebarang cabaran.cabaran terjadi sewaktu mengangkat, menari, atau menolak sesuatu bebanan.

Kekuatan otot dapat ditingkatkan melalui latihan yang berkaitan dengan kekuatan otot.Antaranya ialah latihan isometrik , isotonik dan isokinetik.




Kebaikan Latihan
*Tendon dan ligamen akan menjadi kuat                                                   
*Otot yang digunakan semasa aktiviti akan membesar dan menjadi kuat     
*Otot mengambil masa yang lama untuk menjadi lesu                                
*Mendapat bentuk badan ideal(bentuk badan mesomorf)                            
*Mengawal jumlah lemak dalam badan                                                      
*Tulang akan menjadi kuat dan dapat mengurangkan masalah osteoporosis 



Jenis-jenis latihan membina Kekuatan Otot

(A)Latihan Isometrik 
 : Tolak dinding

(B)Latihan Isotonik   
: Mendagu    

(C)Latihan Isokinetik
: Bicep curl  



Latihan membina kekuatan otot

MENDAGU
(lelaki)

Image result for latihan mendagu




          (perempuan)

Image result for latihan mendagu
  



   NAIK TURUN BANGKU 
(lelaki)
Image result for naik turun bangku bersama beban
   


LOMPAT SELANG-SELI BERSAMA BEBAN
Image result for lompat selang seli bersama beban





BANGKIT TUBI BERSAMA BEBAN

Image result for bangkit tubi BERSAMA BEBAN



BYE BYE!

1.2 DAYA TAHAN OTOT

Image result for SELAMAT DATANG
OTOT-OTOT
Terdapat banyak bahagian otot di badan kita.Otot ialah sesuatu saraf di dalam badan kita yang berfungsi untuk membantu kita menjalankan aktiviti seharian.Mengerakkan mana-mana anggota ditubuh kita memerlukan kekuatan otot,.tanpa otot kita tidak dapat mengerakkan tubuh badan.Kekuatan otot dapat dipupuk dengan menjalan aktiviti kesukanan.





 1.2 Daya Tahan Otot

Daya tahan otot bermakna kekuatan otot untuk melakukan aktiviti secara berterusan tanpa berasa penat dan lelah pada kadar masa yang lama.
Daya tahan otot dapat diperkukuhkan dengan melakukan latihan litar, latihan jeda atau latihan bebanan.aktiviti yang disyorkan dalam latihan litar ialah bangkit tubi silang, bicep curl, tekan tubi, naik turun bangku, mendagu dan lompat selang-seli.



Kebaikan Latihan
  *Dapat meningkatkan pengaliran darah ke seluruh bahagian badan
*Meningkatkan kekuatan otot rangka dan otot jantung                
*Mengurangkan lemak yang ada pada tisu otot                           
*Masih dapat bertindak pantas semasa adanya kecemasan

   



 1.2.1

Latihan Membina Daya Tahan Otot Menggunakan Kaedah Latihan Litar

Latihan litar ialah aktiviti yang menggabungkan pergerakkan dari stesen ke stesen yang lain. Terdapat pelbagai aktiviti daya tahan otot di setiap stesen.aktiviti latihan perlu dilakukan mengikut prinsip latihan.Contoh intensiti latihan ialah ulangan ,jangka masa serta set. Ulangan bagi suatu aktiviti ialah 10 hingga 12 kali atau dengan masa 30saat untuk setiap aktiviti.Aktiviti lengkap disemua stesen dikira sebagai satu set.Satu set latihan mengandungi 6 hingga 12 aktiviti.Antara latihan yang dicadangkan ialah lompat selang-seli ,tekan tubi, bangkit tubi,mendagu,naik turun bangku dan bisep curl.





CARA MELAKSANAKAN 


a.menjalankan aktiviti memasnaskan badan sebelum dan selepas.aktiviti yang dicadangkan akan melibatkan otot yang berlainan bagi mengelakkan kecederaan.
b.aktiviti di setiap stesen dilakukan dalam jangka masa yang ditetapkan aktiviti yang dilakukan selama 30saat dan tempoh rehat ialah 30saat.
c.aktiviti harus dilakukan secara berpasangan.
d.apabila isyarat atau bunyi wisel aktiviti harus segera dilakukan dan berhenti apabila bunyi wesil kedua.
e.jumlah lakuan dicatatkan dalam kad skor latihan.
f.aktiviti dilakukan di sebuah stesen dengan bergerak dengan mengikut arah pusingan jam.
g.bagi meningkatkan daya tahan otot murid dibenarkan melakukan aktiviti dengan menambah bilangan sesuatu aktiviti.bagi aktiviti tekan tubi tempoh masa dipanjangkan daripada 30saat sehingga 45saat.


contoh latihan litar
stesen 1 : lompat selang seli
stesen 2 : tekan tubi
stesen 3 : bangkit tubi silang
stesen 4 : mendagu
stesen 5 : naik turun bangku
stesen 6 : bicep curl